Tuesday, May 14, 2013

WANITA DITEMUI MATI DI TEMBAK DI KEPALA

Keadaan mangsa yang ditemui mati ditembak


PUCHONG, 8 Mei – Seorang wanita hamil tiga bulan ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan dua kesan tembakkan di kepala dan terdapat sepucuk pistol ditangan mangsa dekat Taman Puchong Perdana pagi tadi.

Menurut ASP Balai Polis Puchong, Syed Jamal Agil Bin Syed Jamalullail Al Barakbah , Mangsa Velu letchumi A/P Veloo Sami 19 tahun merupakan setiausaha di sebuah syarikat import disyaki ditembak dari jarak dekat, jelas beliau.

“Kes tersebut masih lagi dalam siasatan, siasatan awal mendapati kes tersebut merupakan kes bunuh kerana terdapat kesan dua kali tembakan di kepala mangsa, tiada kesan rompakkan dalam kereta mangsa dan tiada kesan diperkosa,” tambah Syed Jamal

Pistol jenis Revolver Smith and Watson telah ditemui di tangan mangsa dan juga terdapat kesan cap jari orang lain yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk membunuh diri atau digunakan oleh pembunuh.
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mati kira-kira jam tiga pagi, dan di temui oleh seorang lelaki india pada enam pagi sewaktu beliau sedang bersenam.

Menurut saksi 60 tahun, sebaik sahaja beliau menemui mangsa berada dalam keadaan yang mencurigakan, beliau segera membuat laporan di pejabat polis yang berhampiran.

“saya sedang bersenam, pada mulanya saya terjumpa seorang gadis dalam keadaan yang mencurigakan dengan sepucuk pistol, apabila terlihat kesan tembakan tersebut saya segera menghubungi pihak polis.”

Menurut ASP Syed Jamal lagi, mangsa yang ditemui mati di dalam sebuah kereta mewah jenis Mercedes yang di daftarkan di atas nama Datuk Subra Mali Kandoo A/L Subra Mali Kandar 62 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan juga ahli politik.

Pihak polis mengesyaki Datuk subra merupakan suspek pertama kerana mangsa mempunyai hubungan dengan beliau apabila nombor yang terakhir mangsa hubungi adalah nombor ahli perniagaan tersebut.
Kes ini mungkin disiasat dibawah akta bunuh diri atau akta membunuh 325 kanun keseksaan menembak dengan niat membunuh. 

No comments:

Post a Comment