Tuesday, May 14, 2013

Proses Demokrasi Selesai


KUALA LUMPUR, 10 MEI- Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) pada tahun ini mencatatkan sejarah apabila sebanyak 80% peratus pengundi berdaftar telah keluar mengundi, dimana ini menunjukkan kesan yang positif di kalangan rakyat Malaysia yang semakin peka untuk memilih kerajaan yang berdemokrasi.

Barisan Nasional menang undi popular di sembilan daripada 14 negeri pada peringkat Parlimen pada PRU-13, manakala pembangkang cuma menang di lima negeri dengan empat daripadanya dikuasai mereka.

Pembangkang menguasai Kelantan, Pulalu Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala BN telah menguasai Johor, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Barisan Nasional (BN) telah mendapat mandat untuk terus mentadbir kerajaan apabila memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun tidak mendapat majoriti dua-per-tiga daripada kerusi yang dipertandingkan, BN masih mampu merampas semula Kedah daripada pembangkang.

Bagi peringkat Parlimen, pakatan pembangkang mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 28 kerusi dan PAS 21 kerusi.Tetapi secara keseluruhan, BN ketinggalan kira-kira 386,285 undi apabila meraih 5.23 juta undi berbanding pembangkang yang meraih 5.62 juta.

Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Biro PublisitidanPenerangan BN berkata, pembangkang harus menerima hakikat bahawa sistem pilihanraya di Malaysia bukannya berdasarkan undi popular, tetapi berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Beliau juga meminta supaya pembangkang menghentikan dakwaan yang membohongi rakyat dan mengajak mereka menyertai perhimpunan haram dan demonstrasi jalananan kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

Jika masih tidak berpuas hati, beliau juga menegaskan lagi supaya pihak pembangkang mengikut saluran yang betul dengan mengemukakan petisyen pilihanraya yang dibenarkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

Pilihanraya merupakan satu agenda penting kepada rakyat di negara ini yang mengamalkan sistem demokras iberparlimen. Kesan pilihanraya kepada masyarakat antaranya masyarakat telah dapat hak dan kuasa memilih mereka untuk mengundi kuasa politik mana yang di yakini dan menjamin kestabilan dan keamanan negara.

Keputusan rasmi yang telah diumumkan haruslah diterima dan dihormati oleh semua pihak. Ia adalah pilihan rakyat dan amanah yang diberikan untuk memimpin negara kearah kecermelangan dan berdaya saing.

Harus diingatkan bahawa dunia sentiasa melihat dan memerhatikan kita untuk membuat pelaburan dan menjana modal di sini. Sebarang perlakuan buruk dan negatif akan memberikan kesan buruk pada ekonomi negara kerana ia memberikan isyarat ketidakstabilan politik Malaysia. 

Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sudah di laksanakan, kini bersama-sama kita membantu dan memberikan sokongan kepada kerajaan yang dipilih untuk terus menerajui negara.

 video tinjauan krew kami sebelum dan semasa Pilihan Raya ke 13.

No comments:

Post a Comment