Malaysia
dikenali sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu
Melayu, Cina dan India dan termasuk juga suku kaum di Sabah dan Serawak. Ini
dianggap unik oleh Negara-negara luar yang melihat bertapa harmoninya
percampuran antara kesemua bangsa ini kerana wujud pelbagai jenis agama,
budaya, adat dan tradisi masing-masing.
Walau bagaimanapun,
berdasarkan sejarah bagaimana rakyat Malaysia boleh terdiri daripada pelbagai
bangsa dan kaum ini adalah kesan penjajahan British yang membawa buruh-buruh
dari cina dan india kemudian sistem British telah menentukan cina diletakkan dalam industry bijih timah manakala
India dalam industri getah, jelas menunjukkan penjajahan British telah
menyumbang kepada perbezaan bangsa.
Kala ini telah timbul pelbagai isu-isu antara kaum dan etnik
di Malaysia yang melibatkan isu-isu sensitif dan menyebabkan hubungan antara
kaum ini longgar dan goyah tidak lagi wujud penyatuan. Adakah konsep perpaduan
yang di amalkan di Negara ini tidak lagi relevan? Masing-masing ingin
menegakkan hak mereka yang tidak berpenghujung. Apa yang pasti apa yang
diperjuangkan itu tidak jelas dan mereka sendiri tidak fahami.
Sudah hampir empat dekat selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969, banyak nyawa terkorban, banyak harta benda dan tempat tinggal musnah. Menurut Rahmat Ghazali (2008), selepas tragedy 13 mei tersebut, pihak kerajaan melihat tiga major etnik ini perlu menbina hubungan yang kuat oleh itu barulah mereka dapat bekerja dan hidup dalam suasana aman dan damai.Berikutan daripada peristiwa itu menunjukkan sentimen perkauman telah lama wujud di Negara ini.
Sudah hampir empat dekat selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969, banyak nyawa terkorban, banyak harta benda dan tempat tinggal musnah. Menurut Rahmat Ghazali (2008), selepas tragedy 13 mei tersebut, pihak kerajaan melihat tiga major etnik ini perlu menbina hubungan yang kuat oleh itu barulah mereka dapat bekerja dan hidup dalam suasana aman dan damai.Berikutan daripada peristiwa itu menunjukkan sentimen perkauman telah lama wujud di Negara ini.
Kemunculan internet telah mengubah corak perkembangan
ekonomi, pembangunan dan sosial di Negara ini, seiring juga dengan matlamat
kerajaan mendorong perkembangan internet sebagai sebuah elemen yang amat
penting dalam pembangunan ekonomi dan social, (Kenyon and Marjoribanks, 2007)
Setelah kemunculan internet, maka mucul juga pelbagai jenis sumber
maklumat dan berita yang boleh di akses tanpa sekatan, industri surat khabar
juga telah bertukar kepada berita dalam talian, selain itu juga muncul blog,
cyber troopers, twitter dan facebook merupakan medium untuk mendapatkan
maklumat terkini dan pantas.
Kepantasan
teknologi internet ini bukan sahaja membenarkan kebebasan media masa kini yang
bebas untuk menyuarakan pendapat, rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, maklumat
dan info berunsur hasutan dan menanam sifat kebencian, berikutan daripada itu,
dapat dilihat kewujudan maklumat dan berita dalam talian ini boleh mendorong
kepada kehancuran perpaduan di dalam Negara ini.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh (Kenyon dan
Marjoribanks, 2007), di Malaysia berita media bebas dalam talian meningkat dengan ketara dan menawarkan ruang untuk
masyarakat berbincang secara terbuka dalam melontarkan pendapat masing-masing,
terbukti apabila langganan surat khabar harian dalam talian Malaysiakini
menerima 50,000 lawatan sehari dan tiga juta paparan sebulan, menunjukkan
berita dalam talian membuka ruang kebebasan dalam bersuara.
Jika diteliti semula, ramai yang menyokong kebebasan
bersuara dan kebebasan media, namum mereka tidak jelas sekiranya kebebasan ini
diberikan dan dibiarkan di Negara ini maka secara tidak langsung membuka pekung
di dada masing-masing, ramai akan bersuara mengenai hak dan kepentingan mereka
sendiri.
Namun, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, perpaduan
kaum di Negara ini telah lama goyah oleh kerana sensitiviti perkauman sangat
menebal dalam jiwa masing-masing, bukan kerana wujudnya kemajuan dalam
mengakses maklumat yang merupakan factor besar dalam perpecahan antara kaum.
Apa yang dapat dilihat, terdapat juga sesetengah media yang
cuba membangkitkan semangat perkauman antara kaum, tidak kira media elektronik
mahupun media cetak. Kemajuan yang dicapai oleh Negara ini adalah bukti
pemikiran rakyatnya juga seiring maju kehadapan, ramai pemikir dan penyelidik
yang belajar daripada sejarah lampau, begitu juga masyarakat yang terdiri
daripada melayu, cina, india, kaum etnik di sabah dan Sarawak tidak lari dari
menjadi wartawan masyarakat kerana majority rakyat Malaysia mempunyai akaun
facebook, blog, twitter dan pelbagai aplikasi lain yang digunakan sebagai
medium untuk menyebarkan maklumat dan bertukar pandangan masing-masing, harus
diigat sensitivity kaum itu harus di ambil kira supaya medium ini digunakan
untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Negara ini.



No comments:
Post a Comment