Apabila
seseorang itu muncul persoalan di dalam fikiran mereka, kebiasaanya mereka akan
secara langsungnya merujuk kepda “Google” yang merupakan sebuan enjin pencarian
yang begitu efektif dalam menjawab persoalan, dengan menggunakan
“Google” ia bukan sahaja dapat memberikan satu jawapan sahaja, malah memberikan
beribu mahupun berjuta jawapan dalam pelbagai bentuk pilihan, hanya terpulang
kepada individu tersebut untuk memilih yang perlu dan sesuai.
Menurut
Dr. Rahmat Ghazali dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk, Balkanisasi
Siber: gangguan kepada semangat satu Malaysia, Balkanisasi media yang dirujuk
sebagai wujudnya satu kelompok yang terbentuk akibat daripada aktiviti menempah
bahan menerusi internet menerusi enjin carian seperti Google mengikut citarasa
yang diingini individu tersebut, dan kemudiannya bertemu dengan individu lain
yang mempunyai citarasa dan minat yang sama, sebagai contoh terbentuknya kelab
peminat Bob Marley.
Menurut
beliau lagi, aktiviti ini dianggap tidak sihat dan menjurus kepada gejala
negatif dan boleh membentuk satu kroni yang gemar memberontak dan menyemai
perasaan benci terhadap individu lain yang mempunyai minat dan fahaman yang berbeza,
justeru itu beliau juga mendapati segregasi ini bersamaan dengan situasi media
massa terutama internet, yang membolehkan pengguna memperolehi apa sahaja
bahan.
Dan
bagaimana pula dengan maklumat-maklumat yang menjadi rujukan tersebut, dan dari
mana datangnya? Sejauh mana keboleh percayaan sumber yang diperoleh daripada
pelbagai jenis bentuk bahan internet yang ada pada zaman sekarang ini, seperti
kewujudan laman sesawang, aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook
dan twitter, web blog seperti blogspot, v-log (video seperti youtube), web
portal, berita arus perdana dalam talian, isu-isu online journalism dan pelbagai lagi.
Menurut
Dr. Rahmat Ghazali dalam buku beliau yang bertajuk ‘Online Journalism on
Malaysian Socio-political lanscapes’ Online
Journalism tidak begitu dikenali pada mulanya, walaupun The Star Online
diperkenalkan pada tahun 1995, ianya masih belum diketahui umum sehinggalah
pada 1998, selepas enakmen akta multimedia dan komunikasi 1998, munculnya
kebebasan bersuara sebagai medium kritikan oleh pihak pembangkang.
Amat jelas disitu menunjukkan
kewujudan internet membuka ruang kepada hak kebebasan bersuara, namum berbeza
pula dengan fahaman mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang menolak analogi barat mengenai kebebasan akhbar, beliau berpendapat
kebebasan akhbar harus diteliti semula oleh Negara membangun seperti Malaysia, selain
itu beliau melihat kebebasan akhbar dalam konteks tanggungjawab sosial, oleh
Mohd Safar Hasim (1996), dimana kebebasan akhbar dibawah undang-undang yang
mengawal dan menjaga keharmonian sesebuah Negara terutama Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum bangsa, agama dan budaya.
Terdapat dua jenis bentuk kebebasan
Akhbar, kebebasan media elektronik dan kebebasan media cetak, dimana media elektronik
menjurus kepada pencarian tanpa batasan, pembaca mempunyai kuasa untuk memilih
bahan bacaan yang dikehendaki tanpa halangan, manakala media cetak yang mana
maklumat yang disiarkan adalah tetap dan tidak pelbagai, pembaca tidak
mempunyai pilihan selain membaca apa yang telah disiarkan tetapi pembaca boleh
memilih jenis bacaan yang mereka mahukan.
Masyarakat kini didedahkan dengan
pelbagai jenis maklumat dan bahan bacaan yang berlaluasa, mereka berpeluang
menentukan sendiri bahan bacaan mereka kehendaki, adalah menjadi kebimbangan
apabila terdapat segelintir masyarakat yang gemar mengakses informasi yang
berbaur hasutan, kritikan yang tidak bermoral dan lucah yang tidak diketahui
sumbernya, tidak kurang juga di kala ini kewujudan jentera yang dikenali Cyber troopers yang merupakan alat
sesebuah parti untuk menghentam pihak atau parti yang lain.
Tidak hairan sekiranya apa yang dapat
kita lihat masa kini, manusia bergerak seiring dengan arus pemodenan, dan
penggunaan internet itu dianggap moden, manusia hidup berlandaskan perkembangan
informasi di dalam internet, yang mana menurut Dr. Rahmat Ghazali, gejala
Balkanisasi menyelinap masuk ke dalam jiwa raga pelayar internet melalui apa
juga yang mereka minati dan taksub.
Merujuk kepada permasalahan ini,
adakah kewujudan internet perlu dipersalahkan, atau adakah keselamatan sesebuah
Negara boleh terancam sekiranya gagal dalam mengawal penggunaan internet,
adakah internet itu sendiri lebih banyak
keburukan berbanding kabaikan, menurut statistik, Malaysia merupakan Negara
kedua tertinggi selepas Singapura penggunaan internet di antara Negara-negara
Asia, amat jelas menunjukan internet merupakan sebuah instrumen yang amat
penting di Malaysia.
![]() |
| Gambar 1: Graf menunjukan pengguna internet dia Negara-negara Asia dan kedudukan Malaysia |
![]() |
| Gambar 2: Jadual menunjukkan Kedudukan Malaysia di tangga ke-17 |
![]() |
| Gambar 3: Carta menunjukan peratusan Insiden serangan siber pada tahun 2009 |



No comments:
Post a Comment