Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa itu diet?
Ramai yang salah anggap mengenai maksud sebenar diet.
Mengikut pemahaman saya sendiri diet bermaksud makan pada waktu yang betul, mengikut kuantiti yang betul dan setiap hidangan makanan yang dimakan itu perlu ada semua nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sebelum itu saya juga pernah berkongsi pendapat mengenai makna diet di dalam sebuah ruangan kongsi pendapat majalah rapi diet, saya menyatakan;-
*Diet yang bagus apabila kita pandai control nafsu makan, perlu pandai mengimbangi antara nafsu dan juga keperluan, mcm mind set, perlu belajar macan mna nak setting minda untuk dapat diet yang berjaya.
Tanggapan salah mengenai diet
Ramai berfikir apabila berdiet tidak perlu makan, tahan lapar seharian, tidak makan nasi langsung, terus mengejut apabila membuat keputusan untuk tidak makan, apabila tidak tahan, terus balas dendam makan dengan banyak sekali, diet entah ke mana, niat dah kelaut, misi dah jadi sia-sia, padahnya pada tubuh sendiri dikemudian hari.
Selain itu ada yang mengambil keputusan mkn ubat untuk kurus, ubat untuk kurus kalau yg betul tu okaylah, kalau yang bagi kesan mendadak tu mcm mna? ada ke antara anda pernah percaya dengan dongeng semua tu? walau anda beli ubat yang mahal untuk kurus pun sudah tentu kita disuruh supaya tidak makan..betul x?
Sebenarnya semua itu bergantung pada diri sendiri, kita sendiri yang mengawal nafsu, kita sendiri yang mengarahkan tindakan yang diambil.
Cara diet yang dianggap munasabah dan betul InsyaAllah
Disini saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana cara diet yang benar-benar betul dan masuk akal, termasuk apa yang saya amalkan untuk diri sendiri.
1. Makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit/secukupnya
-Rasullullah berpesan supaya "makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang" nampak mudah tapi melaksanakannya agak payah, kita sering makan apabila betul-betul lapar, dalam erti kata dah tahap lapar gilalah kan, tahukan anda, sekiranya kita makan apabila perut sedang lapar kemudian makan dengan kuantiti yang banyak, adalah berpotensi membesarkan keluasan perut anda. Harap dielakkan. Oleh itu, makan apabila tiba masanya, sebelum benar-benar terlalu lapar, jadi kita akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tanpa ikut nafsu.
*TIPS- kunyah lah makanan anda tu perlahan-lahan dan sampai lumat, jangan kunyah dua kali dah telan.
2. Penuhi setiap waktu makan anda
-Dalam sehari kita ada enam kali waktu makan, iaitu, Sarapan pagi, Minum pagi, Makan tengahari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam. seeloknya cuba penuhi waktu makan tersebut, saya percaya ramai yang sedar bahawa sarapan pagi amat penting untuk permulaan hari, dan ramai juga tahu yang sarapan pagi amat penting untuk golongan yang sedang berusaha untuk kurus. Seperti saya sendiri, amat susah untuk bersarapan pagi, tapi alhamdulillah saya akan cuba penuhi, walaupun hanya minum segelas air madu. tapi sajek saya ambil ESP (Energizing Soy Protien) produk drp Shaklee waktu pagi lebih mudah tak perlu pikir apa untuk alas perut ni.
-Selain itu, seringkali teman-teman saya yang suka memberi alasan yang dirinya bukan seorang yang boleh makan pagi, ada juga yang memberi alasan sekiranya dia bersarapan pagi, dia mesti akan buang air besar. anda perlu ingat sarapan pagi tidak semestinya anda perlu makan nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih semua itu, cukup ambil yang ringan sahaja, seperti minum susu, minuman bijirin, pisang, dan sebagainya, cukup untuk mengalas perut anda yang kosong itu, kemudian untuk minum pagi barulah anda ambil yang sedikit berat seperti kuih, nasi lemak, bihun sup, roti dll. sebagai contoh di awal pagi anda bergegas ke kerja, anda sempat minum susu atau ambil sebiji pisang, cukup tenaga bagi menempuh kesesakan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, apabila jam 10 pagi pula anda boleh ajak rakan sekerja pergi minum pagi, pesan lah roti canai ataupun anda mahu makan berat terus, kerana mungkin akan sibuk untuk makan tengah hari nanti. amat digalakkan untuk makan pada waktu siang dengan banyak oleh kerana kita menggunakan banyak tenaga untuk bekerja, jadi apa yang kita makan itu akan sepenuhnya digunakan
-Apabila anda penuhi waktu makan pagi itu, kemungkinan besar apabila tiba waktu makan tengah hari anda hanya mkn dengan kuantiti yang sedikit, jadi tidaklah anda berasa mengantuk semasa kerja kerana terlalu kekenyangan..Oh sekarang ni saya ambil Vitamin B-Complex dari Shaklee selepas makan tengah hari, kerana b-comp membantu menukarkan apa yang di makan menjadi tenaga, dan banyak lagi manfaatnya yang mungkin akan saya terangkan untuk enti seterusnya. dan bila tiba waktu petang pula anda mungkin mahukan sesuatu untuk dimakan, seperti sepotong kek atau kuih donut bersama teh, urmmm nikmatnya waktu santai itu.
-Makan malam juga waktu yang amat penting untuk dipenuhi, waktu itu anda sudah dalam keadaan yang tenang dan berehat, jadi dapatlah menikmati juadah dengan penuh nikmat, seelok-eloknya makan malam diantara jam 7 malam hingga jam 8 malam, elak ambil hidangan malam hampir dengan waktu tidur, sekurang-kurangnya 3 hingga 5 jam perut nak proses apa yang anda makan itu. ohh ya, bagaimana pula nak penuhi waktu makan tengah malam tu? ianya untuk yang suka berjaga lewat malam atau memang rutin tidur tidur agak lewat, carilah hidangan yang ringan, buat jus buah ke, minum susu panas ke, makan buah epal ke, dll.
3. Makan ikut piramid makanan
Sekiranya anda semua cuba ambil makanan mengikut piramid makanan tersebut, sudah pasti tubuh anda dapat semua nutrisi yang diperlukan.
untuk keterangan lanjut bagi nutrisi dalam piramid makanan ini boleh layari http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/umum/piramid-makanan-malaysia
kerana mereka lebih arif.
*satu perkara yang sering saya amalkan sebelum makan saya akan dahulukan hidangan buah-buahan dahulu, kerana ikut pemahaman saya, buah cepat dicerna oleh perut berbanding nasi dan lauk pauk. selain itu dangan mengamalkan makan buah terlebih dahulu, kuantiti makanan berat yang akan di makan nanti juga akan berkurangan.
4. Ambil makanan tambahan
Makanan tambahan ataupun suplemen banyak dijual di pasaran, terpulang pada anda untuk memilih dan membeli. tujuan mengambil suplemen ni adalah bagi melengkapkan lagi keperluan nutrisi tubuh kita dan bimbang nutrisi sayur atau buah-buahan yang dimakan telah tercemar. terdapat banyak jenis dan fungsi bagi setiap satu suplemen yang ada, ambil ikut keperluan dan keutamaan.
Disini bagi yang hendak kurus terdapat satu set kurus daripada produk shaklee yang ternyata berkesan dan ramai yang berpuas hati.
Alfafa Complex bersama Lecithin
5. Bersenam
Mungkin payah, mungkin boleh. Cuba set kan pada minda supaya sekurang-kurangnya anda dapat bersenam seminggu sekali. bersenam juga salah satu cara mengeluarkan toksik dalam tubuh, juga memberi kesihatan baik untuk jantung dan kulit akan cantik kemerah-merahan. percayalah.
Cuba lah guna tangga untuk gantikan lif, lari setempat, berjalan kaki, dll.
Jadi, setakat ini saja yang saya dapat kongsikan kepada pembaca, info ini adalah apa yang saya amalkan untuk diri, saya belum lagi mencuba kaedah lain dalam diet seharian. selamat mencuba.






No comments:
Post a Comment